Thursday, November 19, 2009 Posted by purple lover  

Kebiasaannya perempuan hamil mengalami masalah susah nak tidur malam ni. Me pun selalu jugak berdepan masalah ala ala insomnia ni. Kadang - kadang tu dah nak masuk subuh pun tak terasa lagi mengantuk. Masalah susah nak tidur malam ni selalunya lagi kerap bilan dah masuk trimester ke 3.

Masalah ni terjadi disebabkan berlakunya perubahan fizikal dengan perut yang semakin membesar.


Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:

-kejang kaki

- kerap buang air kecil

- susah nak bernafas

- pergerakan bayi yg kadang - kadang terlalu kuat

- sakit belakang


Cara - cara yang boleh membantu :

- minum susu lebih kerap sebab kekurangan kalsium boleh menyebabkan kejang kaki

- dapatkan posisi tidur yg selesa untuk ibu & bayi

- kurangkan pengambilan kafein sebab kafein menyebabkan sukar tidur

- baca surah pendek untuk menenangkan fikiran.

- pakai stokin boleh membantu mengelakkan angin masuk ke dalam badan



0 comments

 
Blogger Template By Lawnydesigns