Saturday, November 28, 2009 Posted by purple lover   0 comments

2nd day aidiladha, hari nih kebanyakkan tempat buat korban. Kami lepak2 je kat rumah, sementara mr hubby sibuk dgn agenda kat surau. Masuk 31 minggu nih, badan jadi makin lemah, tak larat, kaki pun bengkak sana sini, badan sakit2 terutamanya kat pinggang. Rasa mcm nak tertanggal rasanya.

Hannah pun mcm tau2 je mama tak larat, dia pandai2 main sendiri. Kejap main bola, kejap tengok tv. Kadang-kadang je dia datang kat mama bila nak air atau susu. Kesian pulak tengok dia dok main sorang2, tapi memang tak larat sangat nak temankan dia main. Sakit sangat rasanya belakang ni.

Sambil lepak2, sempat jugak online nak survey barang baby yg mana blom beli terutamanya stroller. Stroller hannah dah 'season' sangat dah. Kali nih nak cari yg bleh recline sekurang-kurangnya 3 positon. Senang beli sekali je boleh pakai sampai besar.

okeh - cukup2 la sampai sini. nanti ada masa bleh update lagi.


Thursday, November 26, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Alhamdulillah, baru selesai tolong2 mak masak. Tolong sikit2 je :) memandangkan perut pun semakin besar, tak boleh la nak berdiri lama- lama sangat. Lenguh rasa tapak kaki nih macam menanggung berat KLCC.

Untuk aidiladha tahun nih menu nya :

rendang daging
ayam tomato
nasi impit
ketupat pulut
kuah kacang



Kepada semua ahli keluarga, kawan2 & rakan2 bloggers


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

&

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Friday, November 20, 2009 Posted by purple lover   0 comments

InsyaAllah petang ni lepas sembahyang jumaat kami bertiga nak ke PD. Nak amik angin laut, jalan - jalan sambil berehat. Dah lama tak bawak hannah jalan2. Alhamdulillah ada kesempatan weekend nih, so sempat la kami jalan ke PD. Nasib baik hotel dah booking 2 minggu lepas & still available. Kitaorg nih kalau nak pegi jalan-jalan@ bercuti , tak boleh rancang lama sangat. Nanti mesti tak jadi. So last minute planning la nampaknya yg sesuai.

:)

~ selamat berhujung minggu yaaaa ~

Thursday, November 19, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Kebiasaannya perempuan hamil mengalami masalah susah nak tidur malam ni. Me pun selalu jugak berdepan masalah ala ala insomnia ni. Kadang - kadang tu dah nak masuk subuh pun tak terasa lagi mengantuk. Masalah susah nak tidur malam ni selalunya lagi kerap bilan dah masuk trimester ke 3.

Masalah ni terjadi disebabkan berlakunya perubahan fizikal dengan perut yang semakin membesar.


Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:

-kejang kaki

- kerap buang air kecil

- susah nak bernafas

- pergerakan bayi yg kadang - kadang terlalu kuat

- sakit belakang


Cara - cara yang boleh membantu :

- minum susu lebih kerap sebab kekurangan kalsium boleh menyebabkan kejang kaki

- dapatkan posisi tidur yg selesa untuk ibu & bayi

- kurangkan pengambilan kafein sebab kafein menyebabkan sukar tidur

- baca surah pendek untuk menenangkan fikiran.

- pakai stokin boleh membantu mengelakkan angin masuk ke dalam badan



Friday, November 13, 2009 Posted by purple lover   0 comments


I'm Totally Exhausted !! Stress !!

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
i need
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



a vacation
(3rd honeymoon + 2nd babymooon :) )

eheheh sungguh la gediksss kan . Anyway dah lama tak pegi vacation since mengandung nih. Nak jalan jauh2 dah tak larat. So we're planning for a short gateway. Dekat2 je. Yang penting ada mesti ada laut ..... eeewwwww !




Tuesday, November 10, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Setiap perempuan yg mengandung semestinya ada amalan tersendiri semasa mengandung. Waktu mengandung nih la semua benda dijaga terutama amalan harian & pemakanan. Jom kita kongsi apa amalan yg elok dilakukan semasa mengandung.

* masa tak mengandung pun sangat digalakkan & elok diamalkan *

- banyak kan mengingati ALLAH , memohon ampun & bertaubat

-banyak kan melakukan ibadat (yg wajib jgn ditinggal , tambah lagi dengan yg sunat )

- banyak kan membaca Al-Quran : surah2 yg selalu diamalkan , surah maryam, surah luqman, surah yusuf, surah an-Nahl, surah yassin, surah at-taubah, surah al fatihah ( lagi elok kalau baca satu Al -Quran)

-sentiasa memohon maaf daripada suami, ibu bapa & adik beradik

- menjaga pemakanan : susu, kismis, badam, kurma sangat elok diamalkan dalam diet seharian

- mengamalkan pemakanan yg seimbang

- sentiasa menjaga kebersihan diri

- elakkan daripada perkara yg membawa kepada tekanan perasaan

- membaca buku2 berkaitan kehamilan & kehidupan selepas melahirkan

Friday, November 6, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Takde tajuk .....
eee taktau dah nak bubuh tajuk ape untuk entry kali nih.... abis sume idea nih gara2 musim exam melanda !

Mcm student2 lain2 tak kira la student ape pun kalau time exam semestinya sibuk la memanjang dengan nota2 yang sebelum nih tak kuasa pun nak hupdet .. apetah lagi nak tengok. Bila time exam baru la sibuk nak "complete"kan nota, nak carik past year exam paper. Dan musim exam la, penuh library sampai ade yg berkampung kat library.

Memandangkan me dah jadik student 'tua' & juga part time student, maka study kat rumah adalah lebih selesa. Cuma yg kurang selesanya, bila anak tersayang sibuk nak study skali. Orang pegang pen, dia pun nak pen. Orang nak kertas , dia pun nak kertas. Bila dah bagi pen & kertas, dia tulis atas lantai, kat baju & semua la benda yg ada kat sekililing dia.

Okeh tutup cerita exam, update on pregnancy. Minggu ni dah masuk 27 minggu ,next week suda 28 minggu = 7 bulan. Waaaa cepatnya, tak sedar pun. Mcm biasa, rutin check-up, daily vitamins & supplement tambah lagi susu nak minum. Banyak betul rutin yg kadang me terskip jugak.

27 weeks

Your baby is now 37cm long and weighs around ( 0.9 KG). As you enter your third (and final!) trimester, your baby will start to receive immunity to infection from the antibodies that cross through the placenta. This immunity will be boosted by breast-feeding and lasts until your baby is a few months old.

You’re experiencing the pain of heartburn during pregnancy, you’re not alone. It’s more than just indigestion – it’s a powerful burning sensation that seems to be in the middle of the chest. Caused by the release of stomach acid, it’s often brought on by lying flat – not altogether helpful when you’re trying to get some rest!


There are many tried and tested methods of relieving heartburn during pregnancy, so you could try a few of these:


• Eat your evening meal early, and don’t eat anything in the couple of hours before you go to bed

• Take a glass of milk before going to bed

• Sleep upright or propped-up – use a couple of pillows to support your back and neck





okeh cukup la update untk kali nih. Bantal dah melambai2 nih.

 
Blogger Template By Lawnydesigns