Monday, September 28, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Raya part 2 - akad nikah

Raya kali nih kami balik kg lama cket, kebetulan papa dapat cuti panjang & ada kenduri kawen yg kami nak hadiri.

Raya ke -4 kami ke bagan serai untk majlis akad nikah pakcik (papa's side). Cuaca dari pagi elok sangat, so perjalanan kami lancar je. Hannah pun tak meragam sangat.


sementara tunggu pengantin perempuan kami snap snap dulu


Pasangan yg diraikan - pakcik & makcik

masa akad

Alhamdulillah dengan sekali lafaz je , settle la acara hari tu. Kami rombongan lelaki terus ke rumah pengantin perempuan untk lunch. Time kat rumah pengantin nih la hannah mula buat perangai. Tak mau duduk diam. Berlari ke sana sini buat mcm rumah sendiri je

Sungguh la mencabar bawak budak sorang nih pegi umah org. Nak dimarah budak - budak. Kalau tak dimarah jadi melampau pulak dah ... mama sabor je la

Saturday, September 26, 2009 Posted by purple lover   0 comments


Sebenarnya kami dah sampai umah khamis petang. Memandangkan penat pun tak habis lagi, so baru lah dpt nak bukak lappy hari nih. Malas nak menaip, dok menjenguk2 blog org lain jeh. Wahh meriah memasing dengan famili. Mcm2 kaler baju.


susah betul nak tangkap gambar bertiga dengan hannah nih


Raya tahun nih kami bertiga + 1 berbaju "merah"
Selalunya memang tak minat kaler merah nih, tapi dah beranak pinak nih berkenan pulok dgn merah mak ngah nih.

budak sorang nih tengah lasak ... tak terkawal kalau mama sorang


Thursday, September 17, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Raya .. raya .. raya .. raya .. raya
Selamat .. selamat .. selamat hari raya
cewaahh .. mood raya dah dtg la neh ..

Hari nih puasa yg ke 27 .. amin .. 2-3 hari lagi sampai la ke penghujung ramadhan ..
hari neh sungguh busy laa mengemas rumah .. lipat baju berbakul2 , sapu sesampah yg belambak . .. etc & etc

esok pagi kami bertiga+1 akan bertolak ke penang. hohohohoo balik kampung .. hhhoooho balik kampung. Nih 1st time raya umah mentua, sejak kawen 1st day raya kat kajang je. Maka mood raya pon lain lah kan.

Sempena aidilfitri kali nih kami nak ucapkan


Salam Aidilfitri

&

Maaf Zahir Batin

kepada semua saudara mara & rakan2

from us :

Hasrizal + Nurul Muna + Nur Hannah

Wednesday, September 16, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Alhamdulillah dah masuk 26 hari kita berpuasa. Ramai yg dah masuk mood raya kan !!
Walaupun hujung minggu ni dah nak raya - persiapan blom pon 100 % . Takde mood sangat pun nak raya. Maybe sebab dah besor panjang kan .. mood raya mula la kurang. Tahun nih puasa alhamdulillah la takde yg tebuk2 tapi tak dapat nak sembahyang terawih macam tahun2 lepas. Tahun nih sembahyang terawih kat rumah je sebab takde sape nak jaga hannah. Itupun kalo sempat, kadang miss jugak.

Kalau tahun2 lepas, awal2 dah tempah biskut, kemas2 rumah TAPI tahun ni tak siap ape pun lagi. Biskut tak tempah pun - beli jek lah kat Tesco tuh. Umah tunggang langgang lagik... hadoii .. penangan sungguh puasa kali nih.


Tahun nih mencarik kasut raya masing2 sampai 3 shopping complex. hadoiiii .. baru bertiga .. kalau berempat tahun depan mau 4 plak shopping complex kena pegi. Memula terjah la SOGO, punya la ramai orang .. rimas nak memilih .. so dapat la kasut hannah 2 pasang. Pastu pi Metro Kajang plak , carik kasut mama - maklumlah mama kaki kan saiz giant so susah la cket nak dapat size yg sesuai . Papa pulak nak beli kat jusco sebab nak dapat J-card point. Isk isk sengal sungguh rasa nak dapatkan kasut raya memasing.

Ada 2-3 hari lagi nih sempat la nak settlekan mana2 yg blom settle tuh.

Tuesday, September 8, 2009 Posted by purple lover   0 comments

alhamdulillah

Dah selesai separuh ramadhan.

Memandangkan hari2 yg "busy" & "buat2 busy" - maka malas sangat nak update blog.

Masuk 2 minggu akhir ni, mood & kesihatan pon semakin baik. Alhamdulillah morning sickness pon dah hampir hilang. Cuma selera makan je masih di tahap so-so .

oleh kerana malas nak pikir2 ape nak ditulis, maka kita buat random update je la.


Pregnancy

dah masuk 19 minggu. Semua ok, cuma BP agak rendah - mungkin sebab kurang makan & minum. Next check up at An-nur - rabu depan. Lately suke sangat teh tarik yg papa buat :)



Hannah

Mulut nye dah bising2, bercakap dlm bahasa dia sorang je yg paham. Suke sangat bukak peti ais, cubaan nak amik yakult & choco oren. Waktu tido pun dah makin lewat - kadang2 sampai 2 pagi blom nak tido lagi. Bersilat la mama ngan papa take turn jaga dia.



Raya - raya

Tahun ni bnyk buat persiapan untuk hannah.Baju gegirl nih kan bnyk yg merambangkan mata maka banyak la pembaziran untk hannah ;). Mama & papa ala kadar je la. Mama banyak baju kurung yg belum pakai lagi so bleh pakai je la. Biskut2 raya pon nampaknye beli jek la since semua org malas nak buat :)


Lain -lain

Banyak orang dah mood nak raya tapi mama sibuk ngan test & project paper yg tak sudah2 .. hadoiii ...

Sunday, August 30, 2009 Posted by purple lover   0 comments


8 ramadhan 1430

Hari nih kami berbuka kat rumah mak yong .

"
kalau berkumpul time weekend nih, banyak la menu yg dimasak utk berbuka. Kebetulan semalam raikan sekali besday me & anyah.

patutnya

time puasa nih makan ala kadar je kan ...
TAPI
kami makan sampai nak meletop perut .... burrppp kenyang teramat




besday gurl potong kek & card yg my nephew & niece buat

budak tak pose nih dah makan cekodok dulu



okeh kali nih menu nya :

nasi
kerabu perut
ikan cencaru sumbat
tomyam seafood
udang cili
ayam panggang

cekodok pisang
cucur udng
cucur jagung & ikan bilis
roti jala & kari ayam
tauhu bakar

teh o
teh bunga
laici


nengok la menu berlambak - dah macam buffet kat hotel ....ahahaha

balik rumah sempat la pegi terawih .. alhamdulillah


okeh sekian 8 ramadhan kami

Sunday, August 23, 2009 Posted by purple lover   0 comments


Alhamdulillah - dah masuk 2nd day berpuasa. Kali nih rasanya puasa yg mencabar sikit berbanding tahun2 lepas sebab tahun nih loya & pening masih lagi ada.



1st & 2nd day dah settle dah walaupun loya tahap gaban nih. Lepas je sahur, mula la nak muntah .. hadoii ....penat jadinya. InsyaAllah harap2 cukup lah puasa tahun nih ... amin amin

Hari nih kami berbuka puasa kat rumah makyong hannah. Mcm biasa la makanan punye la banyak .. mcm mana la nak kurus nye - kalo melantak tak hingat !!

Okeh menu hari nih :

- ayam panggang
- lamb chop
- garlic bread
- mushroom soup
- steamboat seafood
- kuih
- chinese mee
- teh bunga
- bandung soya


 
Blogger Template By Lawnydesigns