Friday, December 5, 2008 Posted by purple lover  

Planning utk hari ni ialah .........buat puding karamel....uhuu i'm salivating ..tak dapat waffle puding pon boleh lah..... . So lets enjoy the resipi:

  • 450ml susu segar - i used full cream milk ...it tastes milkier
  • 5 sudu makan gula halus- bleh guna brown sugar gaks
  • 3 biji telur- sederhana
  • 2 biji kuning telur
  • sedikit esen vanilla
Untuk sos karamel nyer plak
  • 7 sudu makan gula
  • 2 sudu besar air
cara2 :
  1. Masukkan gula dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Peh tu masak di atas api sederhana. Bila dah perang, tambahkan 1 sudu lagi air. Masak lagi sampai perang . Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Pecahkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Masukkan gula sikit2 dan kacau pelan2.
  3. Masukkan esen vanilla & susu dlm periuk. Panaskan sekejap.
  4. Masukkan sikit demi sedikit susu dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Kukus selama 20-40 minit dengan api sederhana.
  6. Angkat dan biarkan sejuk.
  7. Kalau tak cukup karamel nye , bleh la tambah lagi sebagai sos.
Puding karamel yg dh siap - acuan nyer bekas taufu fa

tunggu mase nak di "ngap"

setengah dah ilang

peh tu


akhirnye .............. :)

1 comment

slipiwalker said...

Letak la gambar nak tgk mcm mane rupanye puding karamel tu. takde gamar tak sronot la mcm tipu je kan ehehe

 
Blogger Template By Lawnydesigns