Saturday, December 20, 2008 Posted by purple lover  

Walaupun me tak la tua sngt ( under 30 kire mude lagi la kan :) ) so jom kite kongsi petua2 dari org2 tua untuk pelbagai perkara dlm kehidupa seharian kita. Ader petua ni dpt dari member2 yg dh tua ...ekeke time kasih la sebab kongsi petua ye (kak an, iza n hani ...korang tetap vogue)


Petua melembutkan daging -

  1. rebus daging bersama2 dgn daun betik muda
  2. masukkan sudu/garpu dlm periuk semasamerebus daging - ni selalu try nih
  3. rebus daging dgn pati santan dgn api yg sngt kecik - untuk resepi yg pakai santan

Petua melebatkan rambut -
  1. lumurkan pati santan pekat pada rambut yg lembap. biar 5-10 min pastu cuci .
  2. ambil bunya raya dan ramaskan dlm air bersama dgn limau purut , sapukan pada kepala dan biar semalaman. pehtuh cuci rambut sampai bersih
  3. sapukan minyak zaitun pada rambut yg lembap. tak perlu dicuci
  4. ambil sekepal nasi & 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Pehtuh diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih
Petua mengempiskan perut lepas bersalin -
  1. jangan makan sambil bersulam dgn air (minum air sekurang-kurangkan 1/2 jam lepas makan)
  2. ambil sedikit kapur makan, perahkan sedikit air limau nipis dlm kapur tersebut dan sapu pada bahagian perut. (jgn sapu bnyk sngt, kapur ni panas n boleh menghitamkan perut )
  3. masak kelapa sampai jadi minyak peh tuh sapu pada perut dan bolehlah pakai bengkung sebagai tambahan

Petua mengurangkan sakit kepala/pening

  1. ambil segenggam daun lemuni yg segar dari pokok, masukkan kedalam sarung bantal yg digunakan utk tidur. - yg ni pon me slalu cube , bau daun tuh sedap bangetttt
  2. ambil sedikit asam jawa, ramaskan kedalam air sejuk , kemudian lumurkan pada kulit kepala.- yg ni pon best jugak , rasa mcm berangin je kepala
Petua menghilangkan/melambatkan kedut di muka-

  1. amik sebijik telur(putih sahaja) campurkan dgn sedikit tepung jagung. sapukan pada muka dan biarkan selama 5-10 minit , kemudian cuci dgn air bersih.

0 comments

 
Blogger Template By Lawnydesigns