Wednesday, December 2, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Hellllluuuuuuu !!
Hadoiii tajuk entry mcm tajuk novel plak.
Anyway hormon orang mengandung memang mcm nih ;) Kekadang terlebih sasteranya. Anyway heading towards 32 weeks, separuh badan rasa mcm nak tercabut. Went for monthly check up ( dah start check-up 2x sebulan) and alhamdulillah baby is growing well.. senang citer everything was fine ... except weight issue. huuuhuuhu berat naik 2kg++. Alaa biasa la dah nak sampai ke penghujung pregnancy nih, naik la cket berat plus raya arituh termakan lebih daging kot ;-)

Lately, bila malam hari, gelisah je. Nak tido tak kena, pusing kanan pusing kiri , jalan tak kena , duduk pun tak kena. Perut rasa heavy sangat. Baby pun bila malam start la kick sana kick sini. Kadang-kadang ngilu rasa perut.

So countdown nyer kurang 2 bulan lagi. Berdebar-debar pon ader mcm 1st time preggy pulak, excited sangat pun ade.


Saturday, November 28, 2009 Posted by purple lover   0 comments

2nd day aidiladha, hari nih kebanyakkan tempat buat korban. Kami lepak2 je kat rumah, sementara mr hubby sibuk dgn agenda kat surau. Masuk 31 minggu nih, badan jadi makin lemah, tak larat, kaki pun bengkak sana sini, badan sakit2 terutamanya kat pinggang. Rasa mcm nak tertanggal rasanya.

Hannah pun mcm tau2 je mama tak larat, dia pandai2 main sendiri. Kejap main bola, kejap tengok tv. Kadang-kadang je dia datang kat mama bila nak air atau susu. Kesian pulak tengok dia dok main sorang2, tapi memang tak larat sangat nak temankan dia main. Sakit sangat rasanya belakang ni.

Sambil lepak2, sempat jugak online nak survey barang baby yg mana blom beli terutamanya stroller. Stroller hannah dah 'season' sangat dah. Kali nih nak cari yg bleh recline sekurang-kurangnya 3 positon. Senang beli sekali je boleh pakai sampai besar.

okeh - cukup2 la sampai sini. nanti ada masa bleh update lagi.


Thursday, November 26, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Alhamdulillah, baru selesai tolong2 mak masak. Tolong sikit2 je :) memandangkan perut pun semakin besar, tak boleh la nak berdiri lama- lama sangat. Lenguh rasa tapak kaki nih macam menanggung berat KLCC.

Untuk aidiladha tahun nih menu nya :

rendang daging
ayam tomato
nasi impit
ketupat pulut
kuah kacang



Kepada semua ahli keluarga, kawan2 & rakan2 bloggers


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

&

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Friday, November 20, 2009 Posted by purple lover   0 comments

InsyaAllah petang ni lepas sembahyang jumaat kami bertiga nak ke PD. Nak amik angin laut, jalan - jalan sambil berehat. Dah lama tak bawak hannah jalan2. Alhamdulillah ada kesempatan weekend nih, so sempat la kami jalan ke PD. Nasib baik hotel dah booking 2 minggu lepas & still available. Kitaorg nih kalau nak pegi jalan-jalan@ bercuti , tak boleh rancang lama sangat. Nanti mesti tak jadi. So last minute planning la nampaknya yg sesuai.

:)

~ selamat berhujung minggu yaaaa ~

Thursday, November 19, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Kebiasaannya perempuan hamil mengalami masalah susah nak tidur malam ni. Me pun selalu jugak berdepan masalah ala ala insomnia ni. Kadang - kadang tu dah nak masuk subuh pun tak terasa lagi mengantuk. Masalah susah nak tidur malam ni selalunya lagi kerap bilan dah masuk trimester ke 3.

Masalah ni terjadi disebabkan berlakunya perubahan fizikal dengan perut yang semakin membesar.


Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:

-kejang kaki

- kerap buang air kecil

- susah nak bernafas

- pergerakan bayi yg kadang - kadang terlalu kuat

- sakit belakang


Cara - cara yang boleh membantu :

- minum susu lebih kerap sebab kekurangan kalsium boleh menyebabkan kejang kaki

- dapatkan posisi tidur yg selesa untuk ibu & bayi

- kurangkan pengambilan kafein sebab kafein menyebabkan sukar tidur

- baca surah pendek untuk menenangkan fikiran.

- pakai stokin boleh membantu mengelakkan angin masuk ke dalam badan



Friday, November 13, 2009 Posted by purple lover   0 comments


I'm Totally Exhausted !! Stress !!

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
i need
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



a vacation
(3rd honeymoon + 2nd babymooon :) )

eheheh sungguh la gediksss kan . Anyway dah lama tak pegi vacation since mengandung nih. Nak jalan jauh2 dah tak larat. So we're planning for a short gateway. Dekat2 je. Yang penting ada mesti ada laut ..... eeewwwww !




Tuesday, November 10, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Setiap perempuan yg mengandung semestinya ada amalan tersendiri semasa mengandung. Waktu mengandung nih la semua benda dijaga terutama amalan harian & pemakanan. Jom kita kongsi apa amalan yg elok dilakukan semasa mengandung.

* masa tak mengandung pun sangat digalakkan & elok diamalkan *

- banyak kan mengingati ALLAH , memohon ampun & bertaubat

-banyak kan melakukan ibadat (yg wajib jgn ditinggal , tambah lagi dengan yg sunat )

- banyak kan membaca Al-Quran : surah2 yg selalu diamalkan , surah maryam, surah luqman, surah yusuf, surah an-Nahl, surah yassin, surah at-taubah, surah al fatihah ( lagi elok kalau baca satu Al -Quran)

-sentiasa memohon maaf daripada suami, ibu bapa & adik beradik

- menjaga pemakanan : susu, kismis, badam, kurma sangat elok diamalkan dalam diet seharian

- mengamalkan pemakanan yg seimbang

- sentiasa menjaga kebersihan diri

- elakkan daripada perkara yg membawa kepada tekanan perasaan

- membaca buku2 berkaitan kehamilan & kehidupan selepas melahirkan

 
Blogger Template By Lawnydesigns