Saturday, February 13, 2010 Posted by purple lover   0 comments


Baru 2 jam++ hannah ikut my famili ( sista, mak & ayah) balik kampung
wohooo mama kat sini sudah emo !! sangat emoooo ye !! tetiba teringat kat dia
rasa nak nangis pun ada .......




papa pun dah mula emo tapi kaber2 line lagih ..
buat2 la cakap dengan hasya : " adik, sunyi la kakak takde " uhuhuh
itu la penangan anak kan .
Bila dia ada, mula la geram sebab dia dok mengacau adik
Tapi bila dia takde kat rumah, mula la menggelabah



we love u ~!!!!

Friday, February 12, 2010 Posted by purple lover   0 comments

sebenarnya dia sayang hasya, tapi mungkin dia geram & belum biasa dgn keadaan baru ni


Minggu ni masuk minggu ke-2, famili kami bertambah dengan kehadiran Hasya. Hasya, cucu perempuan ke-3 & cucu ke-7 dlm famili. Sejak ada adik ni, hannah buat perangai. Semua benda tak kena. Kalau ada benda dia tak suka, habis barang dia baling. Kadang2 rasa hilang sabar jugak, tapi pikir2 balik, kesian jugak kat dia.




Thursday, February 11, 2010 Posted by purple lover   0 comments



Taraaaaaaaaaaa !!!


presenting our beloved NUR HASYA



"kalau tengok masa baby nih, ada la cket2 mcm hannah. Cuma yg bezanya, hasya nih panjang cket"



Friday, February 5, 2010 Posted by purple lover   0 comments

Bersalin

Pengalaman bersalin kali kedua nih memang totally lain dengan yg sulung dulu. Kalau dulu, sakit cket je dah terus pegi hospital. Yg 2nd nih, tak sakit tapi dah pegi hospital sebab air ketuban dah pecah. Semuanya start lebih kurang pukul 2.45 pagi , so kronologi nye :

2.45pg - rasa sakit2 cket kat pinggang , terus landing kat katil.

3.00pg - mata baru nak pejam , tiba2 dengar bunyi "pop" + air jernih laju je keluar.

3.05pg - aliran air jernih masih tak berenti , terus kejut mr hubby yg baru tido dlm 30 minit

3.30pg - siap2 & terus masuk barang dlm keta, terus pegi hospital

3.40pg - kat hospital dr check baru dilate 2cm , terus register masuk wad

6.30pg- dah mula rasa sakit yg sederhana, terutama kat pinggang, cuba nak tido , tapi x bleh jugak
8.45pg- sakit yg kuat dah mula terasa. time nih rasa mcm nak tendang katil je.

10.30pg- dr seluk lagi, time ni dah dilate 4cm

12.30tgh- rasa sakit sangat2, pegi toilet sebab rasa mcm nak muntah. on the way nak pi toilet tu rasa mcm nak meneran. terus bgtau dr, dr check dh 6-7cm

12.45tgh - terus masuk labour room

1.30ptg - selamat la lahir NUR HASYA HASRIZAL


Berpantang

Alhamdulillah ... seminggu dah berlalu ...
Badan dah mula cergas cket ... jalan pun dah boley laju cket .... cettt padahal tade apepun, saje jalan pelan2 !!!!


Rutin2 biasa kalau berpantang :

Bertungku , berurut , nak pakai pilis la , minyak la & segala benda.. walaupun kadang2 mcm leceh , tapi kesan nye memang superb la.
Sepanjang pantang hannah dulu takde pakai pilis2 or herba yg sapu2 nih TAPI berpantang kali kedua nih teringin pulak nak cuba pakai herba yg sapu2 nih. Ok jugak, rasa sedap badan bila pakai. Bau2 herba ni kadang2 bleh buat pening, tapi ada jugak yg memang bau bestt .. segar je bila pakai.


Nama

Okehhh .. cerita pasal nama pulak ... memandangkan 2nd baby nih gurl jugak, maka nama yg dah sepakat dipilih oleh kami ialah NUR HASYA - cahaya kesempurnaan. Mcm hannah jugak, nama yg dipilih semestinya ada maksud & simple. Kalau boleh, nama tuh la nama yg senang kita panggil hari2. So tak payah la panggilan manja2 nih :)

Wednesday, February 3, 2010 Posted by purple lover   0 comments


Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan ahli keluarga terbaru kami ..... our 2nd NH.

Baby & mama, 2-2 sehat .... so tunggu .......... next update gambar2 baby akan diupload .

Thursday, January 28, 2010 Posted by purple lover   0 comments


Minggu nih masuk 39 minggu sudah... yay !
Belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi cuma hari2 terasa mcm penguin sebab dah tak larat nak jalan. Kalau jalan pun terkedek2 mcm penguin :)

Today went for weekly check-up, gerak baby ok, jantung baby ok, cuma tekanan darah mama masih lagi rendah (in fact hari ni sangat sangat la rendah). Dr bagi masa sampai 6 feb ni, kalau takde tanda2 jugak baby nak keluar, maka doktor nak induce. Induce !?.. oohh tidak . kalau boleh taknak la sebab ramai yg dah ada pengalaman induce ni cakap sakitnya kalau kena induce. Hadoiiii biarr la natural pain. Kurang2 takde la dipaksa. Takpe la .. sama2 la kita tunggu ye.

Okeh, marathon sepanjang minggu - minggu nih penuh dengan aktiviti makan-makan sempena memenuhi selera ibu mengandung :) . Thanx to en suami kerana memenuhi permintaan yg mcm2 ni. Org kata sebelum bersalin makan je ape yg teringin. Kalau dah bersalin nanti, telan air liur je la kan.

hmmmm itu je lah update untuk hari ini yekkk . daaa mahu ke LALA land... zzzz




39 weeks



The average baby is about 20.5 inches / 51 centimetres long from head to toe and weighs approximately 7.5 pounds / 3.4 kilograms at birth, but anywhere between 5 pounds 11.5 ounces and 8 pounds 5.75 ounces / 2.5 and 3.8 kilograms is a healthy range for newborns.

Your amniotic fluid, once clear, is now pale and milky from your baby's shedding vernix caseosa. The outer layers of skin are also sloughing off as new skin forms underneath.

In TV programmes, labour always begins with the waters breaking - in the middle of a crowded room, of course - just before contractions start. If you've been worrying that this scenario will happen to you, you can stop. Membranes rupture in less than 15 per cent of pregnancies and when it does happen, the baby's head tends to act like a cork at the opening of the uterus. (If you lie down, however, you may notice fluid leaking.) You should stay calm - it may be hours before you feel your first contraction - and call your doctor right away. Your body will produce more amniotic fluid until the baby is born, so your carers may suggest you wait at home until contractions are under way or may suggest an induction.

And if the week passes and there's still no baby? Don't panic - only 5 per cent of babies are born on their scheduled due date. Most doctors wait another two weeks before considering a pregnancy overdue

pics & article : googled

Sunday, January 24, 2010 Posted by purple lover   0 comments

Semalam ada makan2 lagi. Memang rutin la kan bila masuk tahun baru, berderet2 la birthday yg diraikan. Nih la masa kami berkumpul ramai-ramai sambil makan2, gelak ketawa. Ok semalam meraikan birthday salman yg ke - 11. Salman ni cerewet sket. Makan pun pilih2.. kalau bibik yg masak, dia sanggup la berlapar taknak makan. Tunggu mak dia balik masak baru dia makan.

Okeh Menunya :

Pizza
Mee bandung
Satay
Ice -cream

Birthday boy ni peminat transformer. Jadi hadiah semuanya transformer
( woohh robot kecik pun mahalnya tak hengattttt !! .. kopak la makcik2 & pakcik sumer)


~ baru bulan januari .. ada 11 bulan lagi hiihhhii standby duit je laaa nak beli present~

 
Blogger Template By Lawnydesigns