Friday, October 9, 2009 Posted by purple lover   0 comments


Pregnant sulung dulu, time nak masuk 5 bulan, perut dah nampak sangat. Besar & sihat bagai juara. Berbeza pregnant kali ni, dah nak masuk 6 bulan tapi perut masih dlm kategori kecik lagi. Bila check-up, doc sahkan semuanya ok. Berat "baby" pon dalam kategori yg sihat & ok.


pix googled

Ape yg membuatkan perut kita beza - nampak kecik atau nampak besar :

- ibu mungkin tersilap mengira tarikh akhir period
- faktor keturunan ; ayah & ibu sememangnya mempunyai saiz fizikal yg kecil ( hihihi kami 2-2 kategori giant)
- lelemak yg tersimpan di kawasan perut ibu menyebabkan bayi nampak lebih kecil


Walaupun saiz perut ibu nampak kecik, tak bermakna pembesaran janin dalam perut tidak membesar dengan sihat.


love this oil


Thursday, October 8, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Dulu lain .. sekarang lain ..

Dulu bujang .. sekarang dah kawen .. hihihiih cewahhhhhhh

Okeh .. ape bezanya dulu & sekarang.
(note: ni adalah kisah benar tuan punya blog ketika baru2 kawen)


Dulu masa bujang
bila nak masak , pegi je dapur, buka almari, buka peti ais , tengok ape nak masak semua ada.
Bila dah kawen, ada famili sendiri, kalau tak alert check barang2 dapur alamat menggelabah la bila nak masak


Situasi 1 - Nak masak cucur

Masa bujang

kalau nak masak cucur - amik tepung, amik ikan bilis, bawang sket , gaul, bentuk2 , goreng

Dah kawin

alamak - tepung mana ada kat rumah ni. bawang ikan bilis pun tade. ikan kering ada la ..
pinjam cket kat mak la ....




Situasi 2 - Nak masak sambal sardin

Masa bujang

- bukak tin, tumis bawang , masuk asam cket , pastu cili & sardin

Dah kawin

- bukak tin, tumis bawang ... ala asam tade pulak. cili boh pon habis pulak



Situasi 3 - nak masak ikan kukus


Masa bujang

- beli ikan, sediakan bahan2, campurkan semua bahan2 , kukus


Dah kawin

- beli ikan, sediakan bahan2 , campurkan bahan2 , last2 baru teringat mana ada periuk kukus kat rumah.. akhirnya kukus la dalam kuali.



Sekian je la 3 situasi yg berlaku dlm kehidupan sehari2 tuan punya blog ye . Mula2 kawen langsung tak alert dengan keperluan rumah terutama barang dapur nih. Bila nak masak baru la terkejar2 nak cari barang. Nasib baik la berjiran dengan mak. Maka bila "sesak" berlari2 la pegi pinjam dengan mak. Terima kasih ye mak .

Wednesday, October 7, 2009 Posted by purple lover   0 comments

My little "baby" dah masuk 23++ minggu.

Semalam pegi An-Nur untuk buat detailed scan.
Untuk tengok detailed perkembangan dia ... "plus" dengan harapan boleh tahu la boy or girl

Mama pun dengan baik hati bawak hannah - konon2 nak buat peneman la time tunggu nanti
skali
hadoiiiiii .. bercinta sungguh bawak anak dara sorang nih.
Punya la ligat berjalan2, lari dlm klinik tuh. Kebetulan patient ramai, jadi masa menunggu tuh lama la cket.

Berlari depan belakang, tarik kerusi, tepuk2 pintu kaca, masuk toilet .. memang tak larat nak kejar.
temperature pon makin naik.


Bile turn jumpe doc. skali lagi dia buat perangai.
habis bilik doc dia punggah.. sabor je la doc tuh nengok gelagat dia .. nak marah tak sampai hati.

Mula2 buat detailed 2d scan untuk tngk tumbesaran. Kemudian nak buat la 3D & 4D scan nak tengok rupa dia, skali doc cakap tak boleh nak buat sebab "baby" blom cukup chubby + kedudukan muka dia yg dekat sangat dengan uri maka takleh la nengok muka dia lagi.
takpe next scan kita cube lagi ek baby



Monday, September 28, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Raya part 2 - akad nikah

Raya kali nih kami balik kg lama cket, kebetulan papa dapat cuti panjang & ada kenduri kawen yg kami nak hadiri.

Raya ke -4 kami ke bagan serai untk majlis akad nikah pakcik (papa's side). Cuaca dari pagi elok sangat, so perjalanan kami lancar je. Hannah pun tak meragam sangat.


sementara tunggu pengantin perempuan kami snap snap dulu


Pasangan yg diraikan - pakcik & makcik

masa akad

Alhamdulillah dengan sekali lafaz je , settle la acara hari tu. Kami rombongan lelaki terus ke rumah pengantin perempuan untk lunch. Time kat rumah pengantin nih la hannah mula buat perangai. Tak mau duduk diam. Berlari ke sana sini buat mcm rumah sendiri je

Sungguh la mencabar bawak budak sorang nih pegi umah org. Nak dimarah budak - budak. Kalau tak dimarah jadi melampau pulak dah ... mama sabor je la

Saturday, September 26, 2009 Posted by purple lover   0 comments


Sebenarnya kami dah sampai umah khamis petang. Memandangkan penat pun tak habis lagi, so baru lah dpt nak bukak lappy hari nih. Malas nak menaip, dok menjenguk2 blog org lain jeh. Wahh meriah memasing dengan famili. Mcm2 kaler baju.


susah betul nak tangkap gambar bertiga dengan hannah nih


Raya tahun nih kami bertiga + 1 berbaju "merah"
Selalunya memang tak minat kaler merah nih, tapi dah beranak pinak nih berkenan pulok dgn merah mak ngah nih.

budak sorang nih tengah lasak ... tak terkawal kalau mama sorang


Thursday, September 17, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Raya .. raya .. raya .. raya .. raya
Selamat .. selamat .. selamat hari raya
cewaahh .. mood raya dah dtg la neh ..

Hari nih puasa yg ke 27 .. amin .. 2-3 hari lagi sampai la ke penghujung ramadhan ..
hari neh sungguh busy laa mengemas rumah .. lipat baju berbakul2 , sapu sesampah yg belambak . .. etc & etc

esok pagi kami bertiga+1 akan bertolak ke penang. hohohohoo balik kampung .. hhhoooho balik kampung. Nih 1st time raya umah mentua, sejak kawen 1st day raya kat kajang je. Maka mood raya pon lain lah kan.

Sempena aidilfitri kali nih kami nak ucapkan


Salam Aidilfitri

&

Maaf Zahir Batin

kepada semua saudara mara & rakan2

from us :

Hasrizal + Nurul Muna + Nur Hannah

Wednesday, September 16, 2009 Posted by purple lover   0 comments

Alhamdulillah dah masuk 26 hari kita berpuasa. Ramai yg dah masuk mood raya kan !!
Walaupun hujung minggu ni dah nak raya - persiapan blom pon 100 % . Takde mood sangat pun nak raya. Maybe sebab dah besor panjang kan .. mood raya mula la kurang. Tahun nih puasa alhamdulillah la takde yg tebuk2 tapi tak dapat nak sembahyang terawih macam tahun2 lepas. Tahun nih sembahyang terawih kat rumah je sebab takde sape nak jaga hannah. Itupun kalo sempat, kadang miss jugak.

Kalau tahun2 lepas, awal2 dah tempah biskut, kemas2 rumah TAPI tahun ni tak siap ape pun lagi. Biskut tak tempah pun - beli jek lah kat Tesco tuh. Umah tunggang langgang lagik... hadoii .. penangan sungguh puasa kali nih.


Tahun nih mencarik kasut raya masing2 sampai 3 shopping complex. hadoiiii .. baru bertiga .. kalau berempat tahun depan mau 4 plak shopping complex kena pegi. Memula terjah la SOGO, punya la ramai orang .. rimas nak memilih .. so dapat la kasut hannah 2 pasang. Pastu pi Metro Kajang plak , carik kasut mama - maklumlah mama kaki kan saiz giant so susah la cket nak dapat size yg sesuai . Papa pulak nak beli kat jusco sebab nak dapat J-card point. Isk isk sengal sungguh rasa nak dapatkan kasut raya memasing.

Ada 2-3 hari lagi nih sempat la nak settlekan mana2 yg blom settle tuh.

 
Blogger Template By Lawnydesigns