ohhh tajuk adalah sangat touching ..... sob sob sob ... (Mode : menulis sambil bergenang air mata)
29.9.2011 - khamis 10.45 pagi , ayah pergi jua mengadap ILLAHI .. :(
Kami adik beradik kecuali mak & yong berada di sisi ayah sehingga mesin denyut jantung menunjukkan bacaan 0 dan menjadi straight line.
Sehari sebelum tu doktor yg merawat ayah dah panggil kami anak beranak , bgtahu condition ayah yg sangat teruk dengan perut dah mula bleeding, ubat yg masuk asyik failed je.Mcm2 yg terbayang dalam kepala time ni. Kami mohon yg terbaik buat ayah , sejak tu semua adik beradik + mak ada setia menunggu disisi ayah. Subuh khamis tuh, masing2 tak tahan sangat sebab mengantuk tak cukup tido + rehat. Bergilir2 baca yasin & syahadat kat telinga ayah. Setengah jam sebelum tu, jiran katil ayah meninggal , jantung ayah masih lagi ok walaupun bacaan nye makin menurun. Lebih kurang 10.20pagi , denyut jantung makin menurun , tekanan pun makin turun. Masing2 dah tak tahan sebak, berlinang air mata sambil baca yasin. Mak dgn yong dah sampai tapi berpusing2 pulak nak carik parking.
Dalam 10.40pagi, bacaan mesin denyut dah 0 & straight line, terus je kami panggil doktor & doktor sahkan ayah dah tiada. Takde ape yg dapat di katakan time tuh. Gelap sekejap dunia. Menyaksikan pemergian seorang insan yg selama ni menjadi superhero dalam hidup kita memang amat perit. Kami redha dengan pemergian ayah sebab dah lama dah ayah terlantar sakit. Dengan ingatan yg makin merosot ayah selalu jatuh2 dalam rumah akibat tiada keseimbangan badan lagi.
Jenazah ayah dibawa balik ke rumah , dimandikan & dikapankan di rumah , selepas solat asar, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan tak jauh dari rumah.
Sampai hari ni genap 3 minggu pemergian ayah, masih terasa ayah berada di sisi :(
AL FATIHAH ( Hj Abd Rahim Mat Ramli - 8.1.1943 ~ 29.9.2011 )